Friday 30 August 2013

Cara-cara mencabar Notis Kacau Ganggu daripada pihak Majlis

Suatu ketika dahulu, pencinta haiwan daripada Parit Buntar menerima Notis Kacau Ganggu daripada Majlis Daerah Kerian. Kesan Notis ini selalunya akan menggangu saraf otak manusia. Berak pun kadang-kadang lupa nak basuh. Ini kerana terlalu memikirkan tindakan mendatang oleh pihak Majlis.

Oleh yang demikian, AAT dijadikan tempat mengadu. Seperti biasa, kita akan menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis. Baca sini, ADUAN KACAU GANGGU YANG BERNIAT JAHAT! (NO NOTIS: M.D.KERIAN PTD 11/09JLD 1(27))

Berikut merupakan faks daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian




Keputusannya, pihak Majlis menjemput AAT turun padang bersama mereka didalam membuat operasi penguatkuasaan. Kita sangat menghargai pihak Majlis. Ini menunjukkan mereka transparent didalam menunaikan tanggungjawab.

Lain-lain Majlis wajar mencontohi Majlis Daerah Kerian. Saya memuji mereka kerana menunjukkan usaha didalam menutup ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa. Salute!