Monday 9 December 2013

Percakapan yang benar menambah kualiti perjuangan!

 
NuruI Izzah Bt Wan Mohd Bustamin
Lot 6739 Taman Santong,
23100 Paka, Dungun,
Terengganu Darul Iman

02 Disember 2013

En Sharul Nizam Abdul Rahim
Presiden,
Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT)

Menarik Balik Aduan : Perlakuan Khianat Pada Kucing Peliharaan Saya

Tuan,

Merujuk perkara seperti di atas, saya penama di atas bernombor mykad XXXXX-XX-5792 ingin menarik balik aduan perlakuan khianat pada kucing saya yang bertarikh 6 November 2013.

2. Saya telah dimaklumkan oleh salah seorang pekerja Kedai Galeri Pakaian Mahzsuz (bersebelahan kedai Paka Kopitiam) yang menyaksikan insiden kemalangan terhadap kucing saya yang berlaku di hadapan kedai Paka Kopitiam (di parking lot). Kucing tersebut telah masuk ke bahagian injin kereta yang mana telah menyebabkan ianya cedera parah terkena kipas injin ketika kereta tersebut dihidupkan.

3. Saya dan dari pihak ibu saya memohon maaf kepada pihak tuan di atas kesulitan yang timbul. Niat dan maksud saya yang sebenar hanyalah semata-mata untuk memperjuangkan nasib kucing tersebut sekiranya ia dizalimi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

4. Untuk maklumat tuan, kucing tersebut telah meninggal dunia di Klinik Haiwan Kemaman pada 23 November 2013 disebabkan infeksi pada kaki. Saya dan ibu saya sangat sedih kerana tidak sempat menjaga kucing tersebut selepas ianya dirawat.

5. Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan di atas keprihatinan terhadap kes ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pihak Penguatkuasa DVS Terengganu yang telah bersusah payah menyiasat kes ini.

Keperihatinan dan jasa baik pihak tuan saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan yang memperjuangkan nasib haiwan di muka bumi ini.

Yang benar,

Nurul Izzah Wan Mohd Bustamin
Paka, Dungun
Terengganu Darul Iman .