Rujukan:AAT/PERHILITANHQ/0414/001
Tarikh:2 April 2014
Y.Bhg. Dato' Abd Rasid bin Samsudin
Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM 10 Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Y.Bhg. Dato',
PER: MOHON BANTUAN KEPERWIRAAN BAGI MENDISIPLINKAN PEGAWAI DAN PARA PEKERJA MINI ZOO SELIAAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK), PAHANG
Pada 31 Mac 2014 (Isnin), saya sangat gembira apabila dibawa melawat Mini Zoo seliaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Namun demikian, kegembiraan bertukar kepada tragedi.
2. Secara meritnya, kebajikan haiwan adalah 3/10. Berikut adalah perkara yang begitu menyedihkan:
- Burung Merak sakit kaki tetapi tidak dipedulikan!
- Binturung sakit tubuh badan tetapi di persetankan!!
- Ibu dan anak Memerang tinggal di penampukan sangat kurang air dan kering kontang
- Air minuman yang sangat sikit didalam bekas yang kotor - Mohon rujuk penampukanpelbagai Burung dan haiwan
- Berlaku incompetency dikalangan pegawai dan pekerja Mini Zoo
3. Jika MPK hadapi masalah budget dan resources, ada baiknya haiwan-haiwan malang ini dilepas ke habitat asal, atau dilindngi oleh mereka yang berminat atau mengambil langkah pelupusan. Andai saya berbohong berhubung isu diatas, saya bersedia alami aircraft disaster pada bila-bila masa. Jika sebaliknya, mereka yang curang pasti dihukum Tuhan. Haiwan malang sedang menunggu bantuan kita!
Saya bersedia untuk menyerah bukti. Sekian untuk tindakan