Keputusan PRU 13 sudah diketahui. Pelbagai reaksi yang diterima. Gembira, duka, sedih, marah, nak mengamok dan sebagainya. Rakyat sudah membuat pilihan. Oleh yang demikian, kita perlu akur dengan keputusan. Ianya adalah selaras dengan Rukun Negara yang ke 4 iaitu Kedaulatan Undang-Undang!
Rakyat yang berilmu adalah rakyat yang menerima keputusan PRU dan terus memfokus kepada kerja-kerja mentamadunkan negara
Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri-negeri yang paling banyak berdepan dengan isu penangkapan anjing. Dengan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri, UNDANG-UNDANG KECIL TERHADAP ANJING BOLEH DIUBAH!
Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang disarankan menuntut hak untuk merubah UNDANG-UNDANG KECIL TERHADAP ANJING
Perubahan UNDANG-UNDANG KECIL TERHADAP ANJING boleh menjamin hak kebebasan anjing. Anjing-anjing yang tidak memudaratkan adalah wajar berkongsi ruang hidup dengan manusia
SELAMATKAN HAIWAN MALAYSIA!
Sekian, terima kasih
Presiden AAT