Pada 23 Julai 2013 lalu, aku ada menulis surat kepada KJSJ Kuala Lumpur. Surat itu berhubung - Memohon kes kezaliman haiwan disiasat mengikut Seksyen 429 KK (Khianat Terhadap Binatang). Untuk recap, rujuk sini - Memohon kes kezaliman haiwan disiasat mengikut Seksyen 429 KK (Khianat Terhadap Binatang)
Dato' Ku Chin Wah membuat keputusan, kejadian lebih bersifat kepada kes sivil. Beliau menasihatkan pengadu mengambil tindakan mahkamah keatas Segar Veterinary Hospital.
Aku akan cabar Dato' Kucing ni. Aku nak tanya dia, kejadian yang macam mana.. baru polis boleh menyiasat kezaliman ini mengikut Seksyen 429 KK (Khianat Terhadap Binatang).