Wednesday, 18 September 2013

Jika diberi peluang ke 2, Pak Mie WAJIB manfaatkan setiap saat, ketika dan waktu

Sekitar jam 15.20PM tadi, dapat panggilan daripada Pak Mie. Ucapan awalnya, beliau memohon maaf. Ini kerana, sejak mendapat lanjutan kali pertama, beliau lansung tak menghubungi saya. Ini kerana beliau malu nak minta tolong 2-3 kali. Tambahan pula, saya ni agak jauh. Terasa seperti membebankan pihak lain. Oleh yang demikian, biarlah beliau mohon sokongan daripada pihak-pihak yang berdekatan sahaja.



Pak Mie ada maklum, buat masa ni - YB Ahli Parlimen Alor Setar akan menjadi perunding bicara buatnya. Skop rundingan itu adalah,
  1. Mendapatkan lanjutan tempoh selepas 19 Sept 2013
  2. Mendapatkan tanah baru untuk shelter baru

Saya mengalu-alukan pelbagai pihak yang komited untuk mengekalkan survival anak-anak bulu. Walaubagaimanapun, ianya harus by-law, bersistem dan berkebajikan

Saya berkali-kali ingatkan Pak Mie bahawa, mana-mana pihak yang menawarkan, menjanjikan, dan menganjarkan apa-apa TERUS MAKLUM kepada perunding bicaranya. Jangan ulangi kesilapan lalu. Hari ini, ikut orang ini. Hari esok, ikut orang lain. Hari depan pula, tinggal sorang-sorang. Beliau berjanji untuk mengambil nasihat saya.

Saya maklum Pak Mie - Diwaktu kritikal, memang Pak Mie boleh dengar. Namun Pak Mie selalunya akan lupa apabila dikunjungi janda jelita!

Akhir kata, saya yakin dengan keupayaan YB Ahli Parlimen Alor Setar. Selamat Maju Jaya.


Jika Pak Mie ULANGI KESILAPAN, aku menyakini Pak Mie akan bertukar daripada gemilang kepada manusia malang!



Presiden AAT