Sunday, 15 September 2013

Sekalipun Pak Mie itu Malaikat, beliau juga tertakluk kepada undang-undang di Malaysia

Selepas sidang media, saya ada menegur beberapa kecurangan fakta. Lihat sini,

1- Orang Melayu anti-anjing? Dan tiada orang Cina atau orang India yang anti-anjing? Yer ker ni?
2- Sudah 2 tahun lebih Pak Mie Shelter mencabar undang-undang. Kini, Pak Mie Shelter mencabarnya lagi



Semalam pada jam 21:56 PM, satu pemimpin NGO Haiwan daripada utara tanah air menghubungi saya. Beliau mohon pertolongan AAT untuk menjadi jurucakap pada ratusan anak-anak bulu.

Skop jurucakap adalah convince pelbagai pihak berkuasa untuk memohon lanjutan. Saya melihat, beliau ada kesungguhan untuk membawa ratusan anak-anak bulu ke suatu lokasi baru. Perpindahan itu berpotensi menjana nilai dimana penempatan baru adalah lebih bersistem dan berkebajikan. Saya kasihankan beliau. Dan saya tak berdaya untuk mengecewakannya.

Tanpa mempolitikkan kehidupan stray, secara dasarnya saya bersetuju. Namun saya perlu kemukakan beberapa syarat. Syarat perlu dibuat untuk memberi keadilan pada semua pihak. Ianya bukan bertujuan untuk membuli. Jauh sekali untuk merompak publisiti! Semua ini perlu diperhalusi untuk melindungi integrity persatuan. Dasar kita adalah jelas. Nobody can above the law!

Saya masih konsisten. Pak Mie boleh terus menyambung aktiviti. Namun beliau perlu diturunkan pangkat. Sesudah anak-anak bulu berada di lokasi baru, Pak Mie wajar memberi laluan kepada individu yang lebih berwibawa sebagai pemutus bicara.

Jika Pak Mie masih degil - beliau perlu dikompaun, dipaksa bersara, dididik menuntut ilmu kebajikan haiwan dan buat come back



Sebelum memulakan gerak kerja, saya perlu membawa usul ini kepada pimpinan tertinggi AAT. Sekirannya saya memperoleh sekurang-kurangnya 50% undi, saya akan berjuang sekali lagi untuk kehidupan anak-anak bulu seliaan Pak Mie.

Ketika saat yang begitu kritikal, JamilKucing dan pelbagai kuncu LANSUNG TIDAK MEMPEDULIKAN ANAK-ANAK BULU DI PAK MIE SHELTER. Mereka hanya hadir ketika Pak Mie itu beruntung sahaja. Namun apabila Pak Mie itu dirundung mega, mereka lari seribu langkah. Lihat sini, JamiKucing mempergunakan Pak Mie


Presiden AAT