Saturday 23 November 2013

Papa Hero @ Mohd Hairey Yahya dan Isu RM45 ribu - Episod 1

Siapa Papa Hero? Lihat sini, Kaki Motong

 
Papa Hero @ Mohd Hairey Yahya bersama isterinya, Puan Mariah Ghani


Tulisan dibawah adalah inspirasi daripada Saudara Ejaz Mian. Beliau anak sulung kepada Puan Zarina Ismail yang di aib, di fitnah, di kecam dan di ugut oleh Papa Hero di di Fan Page KakiMotong. Ikuti tulisan ke 1 beliau seperti dibawah:

Saya Ejaaz, anak sulung kepada mangsa yg PH & MH fitnahkan. Biar saya cerita la ye dari A sampai Z, kami sekeluarga ni kenal PH&MH ni daripada group FB pada tahun 2011, dimana kami rasa amat simpati dgn mereka yg bela kucing banyak dan pada masa yg sama mereka kekurangan dana utk menyelamatkan kucing. Kami amat memahami sekali pada masa tu sebab saya sendiri masa mula2 selamatkan kucing hanya berbekalkan RM100 yg ada di dalam bank akaun, jadi mmg kami sekeluarga memahami kesusahan mereka pada masa itu. Jadi kami pun mengambil keputusan utk ke rumah mereka dan pada masa yg sama kami membawa seekor anak kucing utk mereka ‘adopt’ bernama Cutie.

Jadi bermula la episode kami bersama keluarga PH&MH. Kami tak selalu ke rumah mereka, hanya berjumpa di luar. Kadang2 tu dia memerlukan dana, dan ibu saya hanya terus Bank In ke bawah akaun yang bernama Maria Gani & KakiMotong. Kadang2 tu wang yg diminta pun bukan utk atas urusan kucing, tapi diberikan juga kerana kesian. Dan pada masa itu juga, ada beberapa individu yg memberi bantuan kewangan kepada mereka juga tapi tak perlu saya sebut nama. Berbagai jenis dana kami beri, ada jugak kami beri projek kepada PH utk buat autocad drawing kos sebanyak anggaran RM8k, 8k hanya utk lukis menggunakkan autocad dan hanya ambil masa seminggu je. Ye la, nak bantu(minta maaf kalau ada org ingat kami ni buruk siku, kalau kami tak cerita orang cakap kami tipu plak). Terus terang saya nak cakap, dengan payment RM8k yg diberi kpd mereka dan hasil kerja yg kami dapat tu mmg langsung tak memuaskan. Banyak yg kena dibuat balik. Tapi saya ikutkan je la, orang yg kenal saya ni kenal la, saya bukan jenis nak marah2.

 
Sebahagian wang RM45 ribu yang diterima oleh Papa Hero melalui Akaun KakiMotong Enterprise


Sama-sama kita tunggu Episod 2 - Semakin rapat, semakin rompak RM45 ribu