Aktivis lain selalu benar ingin menjadi sosok yang dikagumi. Biarlah aku ketinggalan. Yang penting, kita pencinta haiwan bisa merdeka dari kecurangan!
Thursday, 21 November 2013
Penjelasan daripada anak lelaki kepada Ibu Tunggal yang menyerah RM45 ribu kepada Papa Hero @ Mohd Hairey Yahya
As salam wbt. Saya anak sulung kpd ibu tunggal tersebut dan saya berasa amat sedih yg ibu saya dikutuk dan dikatakan memfitnah PH. Saya mmg dok perati je, tapi saya disini bukan utk marah, tapi just nak menerangkan kat semua yg memang kami ada bukti sejak dari awal tahun 2012. Tapi ibu saya ni mmg jenis tak nak ambil tindakan, mmg ibu saya jenis mengalah walaupun dia betul. Saya pun malas nak panjang cerita, kalau betul PH rasa dia betul, jom sama2 kita berdepan. PH pun bukan taktau rumah ibu saya, mmg selalu dtg dulu. Tapi kenapa kena fitnah memfitnah di FB.
Yg saya kesal, ada juga orang yg mak saya bantu setahun lepas bergelar OKU sanggup tumpang sekaki kutuk ibu saya di page kakimotong walhal ibu saya tak pernah pun ckp apa2 mengenai individu ni. Ya printscreen pun ada tapi tak baik buka aib org. Saya selalu bersama dgn ibu saya walaupun selepas saya berkahwin, dan saya selalu dengar ibu saya beritahu PH "jangan sebut nama akak ye PH" saya bersumpah dengan nama Allah SWT ibu saya selalu kata begitu pada PH. Tapi di di page PH, PH mengatakan yg ibu saya nak publisiti Allahuakhbar.
Saya disini bukan nak mintak kesian, tapi hanya nak jelaskan. Saya biarkan pihak polis dan lawyer ambil tindakan, benar kata2 hamba Allah yg komen diatas, undang2 mulut tak guna, saya dah suruh ibu saya jgn mengalah lagi. InshaAllah harap semuanya lancar dikedua2 pihak dan akhiri dgn kebaikkan.