Friday 28 February 2014

DAH LAMA TAK JUMPA MELAYU SIAL. DAN AKHIRNYA TERJUMPA SORANG! ITULAH DIA - SI ZED ZAHID

Aku dah banyak kali diperlihatkan dengan kejaguhan dan keperwiraan 'animal lover' yang bernama Saudara Zed Zahid. Beliau menggelar kerajaan sekarang adalah KERAJAAN SIAL. Jika dakwaannya adalah benar, aku akan hormat dia dan tak akan sanggah dia. Oleh yang demikian, AAT akan menulis surat kepada YH Dato' Radzuan Malek, Pengarah Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


 
 

Jawapan daripada Pejabat Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kepada,

Presiden,
Persatuan Tindakan Haiwan (AAT)
3A-2-2B, Jalan Medan PB 2A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(En. Sharul Nizam Ab Rahim)

Tuan,

Salam sejahtera dan selamat tengahari !

Saya diarah untuk membalas emel/surat tuan berkaitan perkara di atas.

2. Untuk makluman, kes yang dilaporkan oleh "Animal Lover" tersebut adalah satu kes aduan awam mengikut rekod Penguatkuasa Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor. Kejadian kes ini telah berlaku mengikut Repot Balai Polis Ampang: 022675/2012 bertarikh 5 September 2012.

3. Selepas itu, siasatan dijalankan dan Kertas Siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor, arahan diterima untuk menuduh kes ini di bawah peruntukan Akta Binatang 1953 (Alta 647)(Semakan-2006) kerana tarikh kejadian kes ini berlaku pada tahun 2012 sebelum tarikh kuat kuasa pindaan Akta 647 iaitu 20 Ogos 2013. Akhirnya, pemilik anjing telah disaman ke Mahkamah Majistret Ampang dan dibukti bersalah dan disabitkan. Pemilik dikenakan hukuman denda hampir maximum iaitu denda RM195.00 atau tak bayar 3 bulan penjara.

4. Diharap penjelasan tersebut boleh memberi satu gambaran yang betul kepada semua pihak yang berkepentingan. DVS mengucapkan terima kasih atas keprehatinan pihak tuan terhadap isu penguatkuasaan kebajikan haiwan. Diharap pihak tuan dan semua NGOs yang lain boleh melaporkan terus sebarang kejadian kes kezaliman terhadap haiwan kepada pejabat Penguatkuasa Veterinar Negeri/ Cawangan di peringkat Negeri untuk tindakan yang lebih berkesan mengikut Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

SOH TIAN SIONG
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Penyiasatan, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.
Malaysia

T/Bimbit : +6019-3888 642
Tel Pej : +609 -8870 2112
Faks Pej : +609 -8888 6643
Sambungan : 2112