Monday, 24 February 2014

MOHON KERJASAMA UNTUK TIDAK MENANGKAP MILAH DAN 6 EKOR ANAK-ANAKNYA

-Warkah inspirasi buat MPSJ-

 *Soalan aku, berapa animal lover dan animal activist dare to accountable macam Abang Kucing??? Kalau tak berani tampil dan membayar ganti rugi, kamu adalah BODOH! Selalu sahaja ingin bahagia diatas penderitaan orang lain.



Roslan Bin Mohamed Hussin
Pengarah Jabatan Kesihatan
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

PER: MOHON KERJASAMA UNTUK TIDAK MENANGKAP MILAH DAN 6 EKOR ANAK-ANAKNYA

Saya difahamkan, Milah dan 6 ekor anak-anaknya menerima perlindungan interim di kawasan parit besar USJ 1, Subang Jaya, Selangor. Berdasar lokasi, saya dapati ada 5 jaminan. Dan 5 jaminan itu adalah - Bebas kebuluran (ada makan minum), Bebas kemalangan ngeri, Bebas kezaliman, Bebas ketakutan, dan Bebas kacau ganggu.

2. Sekiranya berlaku kesakitan atau kerugian terhadap mana-mana pihak, AAT akan tampil untuk memikul tanggungjawab termasuk membayar ganti rugi.

3. Sejajar dengan itu, saya mohon Milah dan 6 ekor anak-anaknya tidak ditangkap. Dalam tempoh ini, AAT akan bekerjasama dengan pelbagai NGO Haiwan yang tujuan rehab.


 Sekian untuk tindakan