Ada satu individu meminta aku supaya janganlah menulis lagi pasal Pak Mie. Ini kerana mereka sudah jatuh lagi ditimpa tangga. Hubungan aku dan individu itu adalah rapat. Oleh yang demikian, permintaannya itu aku anggap adalah permintaan seorang kakak. And I listen.
Tetapi aku ada terdengar perkataan Melayu didalam video. Bunyinya seolah-olah orang Melayu telah membuat kesalahan besar terhadap Pak Mie dan anak-anak bulunya. Apabila perkataan Melayu dimulakan oleh Pak Mie, beberapa anak cina seolah-olah mengajar Pak Mie untuk memperli orang-orang Melayu. Kamu semua ingin bermain kasar. Dan marilah kita semua mulakan permainan yang kasar.
Nak bercakap pasal survival anjing, kamu cakap. Aku tak akan ganggu. Tetapi apabila perangai kamu mengalahkan anjing bongkak, kamu mengundang untuk aku bersuara.
Setelah meneliti video, banyak kenyataan yang sangat meleset daripada fakta. Sebagai pemimpin NGO Haiwan, kita mesti belajar bercakap benar. Now, where is your integrity? Kamu semua marahkan kerajaan kerana mendakwa mereka corrupt! Tetapi kamu juga sangat corrupt didalam menyampaikan kebenaran!
Ramai orang meminta aku menegur beberapa penjawat awam didalam local council dan DVS. Setelah meneliti fakta, aku menegur mereka without fear and favor. Tetapi agak malang. Aku dapati, ramai pemimpin NGO Haiwan sangat gagal menyanjungi integrity seandainya kecurangan itu berada dipihak kamu. Kamu yang dibelakang Pak Mie terus menggalakkan dia bercakap bohong. Dalam masa yang sama, kamu juga menggalakkan dia merosakkan agamanya sendiri.
Pak Mie tak abis-abis bercakap tentang pahala yang dia dapat sesudah menyelamatkan anjing. Namun dia lupa. Sudah 2 tahun lebih lamanya Pak Mie menggunakan tanah orang lain tanpa restu, kebenaran dan keredhaan.
Tindakan beliau adalah umpama membuka Pusat Tahfiz haram diatas tanah milik orang lain. Duit yuran dia kutip. Duit derma dia sapu. Tetapi malangnya, tanah milik orang dia ceroboh. Dan duit sewa tanah lansung dia tak bayar!
Jika Pak Ustaz menggunakan anak-anak tahfiz untuk menjana sentimen. Apa kurangnya Pak Mie? Dia juga menggunakan anak-anak bulu untuk menjana sentimen
Mohon nilaikan fakta lain disini, Sudah 2 tahun lebih Pak Mie Shelter mencabar undang-undang. Kini, Pak Mie Shelter mencabarnya lagi
Presiden AAT